Assalamualaikuum Mommies...
Susu terbaik didunia??Mesti lah susu ibu kan..Syukur Alhamdulillah,dalam zaman yang serba moden ni,masih ramai ibu-ibu yang memilih untuk menyusukan anak dengan susu ibu sahaja.Bekerja bukan lagi alasan untuk ibu memberikan susu tiruan(susu formula) kepada si Manja.
- Mengandungi antidody(Bahan pencegah penyakit)
- Mempunyai komposisi nutrien yang lengkap dan memenuhi keperluan bayi
- Mengandungi protein dan asid lemak yang tinggi dan mudah hadam.
- Mengurangkan risiko alahan.
- Mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik.
- Melindungi bayi daripada kolik, asma, penyakit kulit, jangkitan hidung dan telinga.
- Mengelakkan cirit-birit dan penyakit saluran penafasan.
- Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesity.
- Menggalakkan tumbesaran yang baik.
- Meningkatkan daya perkembangan intelek yang baik.
Wahhh.. Banyak betul manfaat untuk bayi dari susu ibu ni ye..
Jom kite tengok pulak usaha ibu2 muda ni dalam menjayakan penyusuan eksklusif.