Jahilnya Aku



Assalamualaikum semua..Sejuk dan mendamikan di pagi jummat ini.Sebelum saya meneruskan tulisan saya pagi ini saya nak semua pengunjung blog mommieadrina sedekahkan al-fatihah kepada ayah mentua kawan saya yang menghembuskan nafas terakhir semalam.Al-fatihah.semoga bapa mentuanya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin.

Pagi ini saya tertarik pada soalan rakan saya mengenai "Mandi Wiladah".Masa lahir anak sulung tahun lepas,kakak saya ada cakap"dik kalau bersalin kena mandi wiladah".So lepas bersalin balik rumah,memamg saya mandi wiladah.Tapi hari ini disebabkan pertanyaan seorang hamba,saya rasa menjadi keliru..WAJIB TAK MANDI WILADAH???



Apa Maksud Mandi Wiladah?

Bagi pemahaman saya dari sumber bacaan yang saya baca,Mandi wiladah adalah ibu-ibu yang keguguran/bersalin melalui pembedahan/anak mati yang tidak mengeluarkan darah,adalah wajib mandi wiladah.Yang menjadi kekeliruan sekarang,terdapat ibu-ibu yang melahirkan anak 'mandi wajib ' dua kali iaitu mandi selepas melahirkan anak (wiladah) dan mandi sekali lagi selepas berhentinya darah nifas.Macam saya.Tapi hari ini saya akan jelaskan dan selepas ini inshaAllah tidak lagi menjadi kekeliruan untuk kaum ibu.

Saya tertarik dari perkongsian seorang ustaz dilaman sosial yang mengatakan:



Perlu difahami bahawa tujuan ‘mandi wajib’ adalah untuk membolehkan seseorang itu menunaikan solat setelah berlakunya hadas besar. Oleh yang demikian sekiranya seseorang ibu yang melahirkan anak (wiladah) itu mendapati tidak ada darah nifas yang keluar selepas wiladah, maka baharulah diwajibkan untuk mandi bagi membolehkannya menunaikan solat.

Akan tetapi sekiranya selepas melahirkan atau wiladah, terdapatnya darah nifas (iaitu darah yang datang selepas melahirkan anak), maka ibu tersebut tidak diwajibkan mandi wiladah, sebaliknya hendaklah menunggu sehingga kering darah nifas tersebut, baharulah ia mandi wajib untuk membolehkannya menunaikan solat. Mengikut pandangan para fuqaha’ sebagaimana yang telah dinukilkan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Shafie, darah nifas yang paling sedikit adalah datang sekali sahaja, manakala kadar maksima ialah sebanyak 60 hari. Namun, secara kebiasaannya, darah nifas keluar selama 40 hari. 


Dengan perkongsian beliau,baru lah saya faham wajib tak kita ibu-ibu mandi wiladah.
Jadi saya harap ibu-ibu jelas dengan perkongsian saya pada hari ini..InshaAllah..
Sama-sama kita beramal..

Terima kasih kepada semua Pengunjung blog saya..Semoga kalian semua di berkati..Amin

Mas♥♥
"sentiasa ingin memberi"
012-9394620