Memori 'BSP'


BSP( Blood Sugar Profile)

Ini adalah pengalaman saya sendiri ketika hamil anak sulung saya mengidap Kencing manis ketika hamil.Alhamdulillah selepas bersalin saya bukan salah seorang yang tergolong dalam pengidap kencing manis.

   Saya disahkan hamil 6w dan terus saya pergi ke klinik untuk buka buku merah.Ramai yang tanya,"Kenapa awal nak buka buku?"Bagi saya ,buka buku awal tidak rugi pun sebab kita akan tahu lebih awal tahap kesihatan kita dan bayi dalam kandungan kita.Masa buka buku,banyak yang di tanya oleh nurse salah satu nya"ada tak dalam family sakit Kencing Manis?"Jawapan nya ada.Dalam family saya mak dan kakak sulung ada kencing manis.Mak just diet control tapi kakak terpaksa suntik insulin pada masa itu.

   Selepas 2 minggu buka buku,nurse call dan bagitahu"malam ni awak kena puasa tau sebab esok kena minum air gula". Minum air gula adalah salah satu ujian darah yang akan diambil untuk mengesan pengidap kencing manis. 1 mug kena minum air gula.Rasanya memang tak best.Kalau yang pernah mengalami pengalaman seperti saya anda tahu kan bagaiman arasanya minum air gula.

   Tidak sampai seminggu selepas saya minum air gula,nurse kk call."Mas result minum air gula hari itu dah keluar."Tinggi nya gula dalam darah mas."Start minggu depan mas kena buat BSP setiap bulan.Dah la hamil kali pertama,tak tahu pun apa itu BSP.Rupa-rupanya BSP tu ujian darah yang diambil 3 kali sehari.Sebelum makan pagi,selepas tengah hari dan selepas makan dinner.


Buku Merah ku


   Mulai saat itu berulang alik la saya untuk buat BSP.Alhamdulillah klinik dekat je dengan rumah.Penat tak payah cakap la.Setiap kali pergi buat BSP mesti nurse pesan jaga makan sebab kencing manis ni bahayakan baby.Paling mas takut sekali bila nurse cakap baby boleh meninggal dalam kandungan disebabkan Kencing Manis.Sepanjang mas buat BSP,mas hanya kena control diet dan bukan tahap suntik insulin.

Ketika Hamil pertama ,mas memang minum susu hamil.Ramai yang kata susu hamil mempunyai kandungan gula yang tinggi..So hati-hati,jika hendak mengambil kalsium.

   Bila kita disahkan ada kencing manis ketika hamil,kita terpaksa bersalin awal kerana bimbang kesihatan baby dalam kandungan.Mas di paksa bersalin ketika kandungan
 37 w.Terpaksa Induce.Nak tahu lebih lanjut klik INDUCE.
Nurse ambil ujian darah mas BSP sehingga masuk labour room.Dah la tengah-tengah sakit sempat lagi ambil darah..

   14 jam mas bertarung nyawa melahirkan seorang puteri seberat 3.67kg.Syukur Alhamdulillah.Pengalaman hamil ada kencing manis memang trauma..Tapi sekejap je.hihihi
Ini lah puteri mas.
Nur Adrina Aqeela Binti Aidil Idham
(3.67Kg)


Sekarang mas hamil untuk anak kedua.Dan paling best dan seronoknya hamil anak kedua mas bebas dari kencing manis.Nak tahu rahsianya,kita bersambung entry selepas ini.Tunggu.