Sempena sambutan Hari Bapa 15 jun esok,saya pasti ada anak-anak yang meraikan kaum bapa sebagai tanda penghormatan dan terima kasih atas pengorbanan bapa membela kepentingan keluarga.
Bapa idolaku..Sebagai ketua keluarga,bapa adalah role model kepada anak kerana perilakunya akan dilihat sejak anak itu kecil dan akan menjadi ikutan apabula dewasa. Sifat kepimpinan dan karakter bapa akan sebati dalam jiwa anak-anak.
Tidak dinafikan setiap individu memerlukan contoh ikutan atau idola dalam hidup. Sumber utama yang dijadikan contoh teladan adalah ibu bapa, selain pemimpin,bintang sukan dan artis yang mempunyai daya tarikan tersendiri.
Dengan adanya idola,individu terbabit akan menjadikannya sumber inspirasi dalam menempa kejayaan. Secara sinikalnya,tanpa idola individu tidak akan berjaya kerana tiada sumber motivasi.
Mencontohi seseorang mendatangkan kebaikan dan manfaat adalah sesuatu yang digalakkan bagi meningkatkan kualiti diri. Cuma yang menjadi masalah apabila ada yang mengagumi seseorang personaliti pada tahap yang luar biasa kegilaannya sehingga melampaui batas dan melanggar tuntutan syarak.
Amat penting bagi kita umat islam yang masih tercari-cari idola dalam meneladani hidup memilih nilai-nilai fitrah tinggi pada Nabi Muhammad SAW sebagai imej teladan terbaik. Dari zaman kanak-kanak,remaja,dewasa,tua,atau selepas wafatnya terserlah peribadi dan akhlak Baginda yang terpuji.
Ini adalah sharing seorang teman ku yang menjejakkan kaki di tanah suci beberapa tahun dahulu.
" Pengalaman saya setelah menjejakkan kaki di tanah suci sewaktu mengerjakan ibadah umrah seolah-olah membuka mata saya akan keperibadian Rasulullah. Sebaik menjejakkan kaki di kota Madinah,banyak pengajaran dan iktibar yang dipelajari demi meningkatkan kesedaran betapa besarnya jasa dan pengorbanan Rasulullah dan para sahabat Baginda dalam membina Islam dan umatnya pada masa silam"
" Lebih menghibakan kala menziarahi tanah perkuburan Uhud terletak di lembah yang berham[iran deretan Gunung Uhud,dapat dilihat kebesaran Allah di depan mata. Tanah perkuburan tersebut berbau harum semerbak dan jasad para syuhada ini dikhbarkan tidak dimamah bumi kerana pengorbanan mereka dalam menegakkan syiar Islam sewaktu peperangan Uhud".
Perkongsian beliau amat bermakna. Menyedari maha pentingnya sumber teladan dalam kehidupan kita selain mengagumi personaliti tertentu,Rasulullah adalah contoh unggul yang patut menjadi ikutan dalam pembangunan umat manusia dang sifatnya merentasi zaman.
"SELAMAT HARI BAPA"
JOM KLIK DISINI UNTUK HADIAH HARI BAPA