MAKANAN DALAM PANTANG


Assalamualaikum semua follower mommieadrina.Mula2 sekali saya nak mohon maaf sebab lama tak muncul..Al maklum la berpantang..kikiki..Alhamdulillah sekarang baby mas dah 2bulan. Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan mas dan baby..

Mas pantang 2 bulan.Pelik ke??hihih..Betul la mas berpantang 2bulan tau...bukan 40 hari tapi 60 hari..Pantang makan,pantang ehem2,pantang semua lah...hihihi

Masih tidak terlambat mas ucapkan Selamat Tahun Baru 2015..Semoga kalian semua buat lebih baik dari sebelum nya..

Uolss nak tahu..Pantang kali ini,mas 100% makan vitamin shaklee..dulu just buat testimoni customer je tapi sekarang mas merasinya...memang betul2..bukan rekaan la customers mas bagitahu Set Berpantang shaklee memang Best.Tak perlu lah jamu-jamu untuk ketat,ramping,cantik...Semua pakage lengkap dalam vitamin shaklee..Dulu mesti uolss tak yakin sebab mas buat testimoni customers mas kan??? Sekarang anda WAJIB yakin coz mas dah merasainya..


Kat sini juga mas nak share Senarai makanan yang boleh dimakan dalam pantang untuk ibu2 comel:

  • Ikan haruan/ayam masak piandang dengan herba-herba yang sangat banyak
  • Ikan Haruan/ayam masak halia dengan potongan halia dan bawang putih yang banyak
  • Ikan haruan/ayam masak asam dengan potongan halia dan bawang putih yang banyak
  • Ikan haruan/ayam masak lada hitam dengan potongan lada hitam dan bawang putih yang banyak
Semasa saya berpantang itu saja kot lauk yang sangat popular untuk di sediakan oleh mak saya. Memang hendak tak hendak saya terpaksa telan.Banyakkan bawang putih untuk buang angin , banyakkan lada hitam dan halia pun sama untuk buang angin dan panaskan badan , Tapi .. jika di ambil keterlaluan takut anak pula yang kepanasan , ye lah anak kan minum susu badan semasa berpantang , oleh itu .. cara nak kenal anak yang berjangkit panas dari kita , adalah dengan cara tengok mata nya , biasanya ada banyak taik mata. Kalau nampak taik mata di mata anak tu cepat-cepatlah tukar diet kepada.
  • Ikan/ayam di buat sup biasa.
  • Sayur dibuat ulam (Ada pula jenis-jenis sayur yang boleh dan tak boleh makan cth kubis lah , sebabnya sejuk mak cakap saya ikut jek , sebab kubis kalau saya makan banyak saya sendiri rasa tak sedap badan walaupun tak berpantang bersalin ni)
  • Kurangkan makanan yang berfungsi untuk panaskan badan.
Dan ada beberapa amalan yang mak saya selalu sangat pesan.
  • Jangan minum air sejuk.
  • Makan nasi di larang bertambah.
  • Tak boleh banyak duduk.
  • Tak boleh berjalan dengan cepat.
  • Tak boleh marah-marah
  • Ikat rambut tinggi-tinggi (untuk elakkan angin meroyan katanya , saya buat juga .. sakit kepala tu hilang.. siyesss)
  • Mandi air herba , seboleh – boleh nya kalau tak tahu nak cari pucuk-pucuk hutan tu , gunalah daun serai , daun pandan , daun maggis atau daun rambai (saya ikutkan je .. hehehe tak tau kenapa kena mandi dengan herba2 ni , tapi suka dapat belaian dari mak)
  • Basuh tempat intim dengan daun sireh , asam keping direndam dalam air suam (untuk pulihkan kembali urat saraf dan buang kuman.Yang ni saya percaya sangat)
  • Berjalan jangan sampai tersadung kaki , jangan ada yang terpijak ibu jari kaki dan sebagainya (ini kerana di risaukan turun darah atau bentan kata orang tua , yang ni saya sendiri tak tahu sahih tak sahih , ikut saja lah.)
Permulaan 2015 dengan baik...Habisnya pantang so bermula lah sharing kesihatan dari mommieadrina..Kepada semua follower mommieadrina tunggu promosi HEBAT dari mommieadrina..

sihat,halal,berkesan bersama SHAKLEE

012-9394620
FB:Normastura Hasan