GUSI BERDARAH KETIKA HAMIL???

Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat yg penuh dengan keberkatan..Entry mas hari ni pasal gusi berdarah.Ada tak dikalangan ibu-ibu hamil diluar sana mengalami gusi berdarah diawal kehamikan??
Ni cerita pagi semalam,1 mei..bangun je tido mas rasa gusi mas bengkak...knapa boleh bengkak ni..Semasa mas gosok gigi banyak sangat darah keluar. Terasa pelik kat situ sbb sebelum ni pregnant anak sulung mas tak pernah sampai gusi berdarah..hanya sakit gigi je.

So hari ni mas google untuk mendapat kepastian. Dan mas harap dapat memberi manfaat untuk ibu2 hamil di luar sana.
Mas terjumpa satu atikel dalam majalah bertajuk "Perubahan ketika Hamil"
◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

"Kehamilan membawa banyak perubahan pada diri seorang wanita dan gigi adalah anggota yang tidak terkecuali dari mengalami perubahan tersebut.Ketika hamil, ibu kerap menghadapi masalah gigi dan juga gusi berdarah.

Sebabnya sewaktu hamil gusi menjadi lebih sensitif, sentuhan kepada gusi ketika memberus gigi sekalipun boleh menyebabkan gusi berdarah. Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak. Sewaktu bersentuhan dengan benda asing seperti ketika menggosok gigi, gusi akan lebih mudah berdarah dan dijangkiti kuman.

Selain itu rasa mual dan muntah di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masah gigi dan gusi berdarah.Gangguan ini menyebabkan ada ibu hamil yang membataskan rutin membersihkan rongga mulut hingga menyebabkan gigi tidak dijaga dengan baik.

Perlu diakui tanpa gangguan sakit gigi sekalipun ibu hamil sudah cukup menderita dengan segala perubahan yang terjadi pada tubuhnya. Jadi seboleh mungkin ibu hamil mencegah diri dari menghadapi masalah ini.

CEGAH MASALAH GUSI

Selain mendapatkan rawatan daripada doktor gigi, ibu hamil boleh menjaga kesihatan gigi dan gusi dengan melakukan rutin ini.

1) Bersihkan Diri Dengan Teratur

Jika perlu gunakan benang gigi setelah selesai makan dan sebelum tidur.Penggunaan ubat kumur yang mengandungi antiseptik juga boleh membantu membersihkan permukaan gigi. Ia mampu meneluarkan sisa makanan dan menghilangkan lapisan plak sekaligus membebaskan kuman secara keseluruhan dari rongga mulut. Selain itu setiap kali muntah, berkumur dan gosoklah gigi.

2) Jaga Pemakanan

Antara lain dengan memastikan pengambilan vitamin B6 dan C yang mencukupi. Kedua vitamin ini membantu menjaga gusi agar tidak mudah berlaku pendarahan. Vitamin B6 boleh diperolehi dari bahan makanan yang berasal dari biji-bijian dan kacang.

Manakala vitamin C boleh diperoleh dengan mengambil buah-buahan berwarna cerah dan segar seperti jambu, betik, oren dan sayuran berwarna hijau. Disamping itu, ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi sihat dan gusi kuat. Sumber kalsium boleh didapati daripada susu, yogurt, keju, minyak, hati ikan, ikan dan sayuran hijau. Selain itu awasi pengambilan makanan yang manis kerana makanan bergula diketahui dapat menyebabkan kerosakan gigi.

3) Rawatan Gigi

Sekiranya menghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang, sebaiknya ibu hamil pergi berjumpa dengan doktor gigi. Namun sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan jelaskan bahawa anda sedang hamil.Keadaan ini untuk mengelakkan tidak melakukan pemeriksaan yang boleh mengganggu kehamilan seperti penggunaan sinar x. Selain itu pemberian ubat pada wanita hamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat yang tidak dapat diberikan kepada wanita hamil kerana ditakuti memberi kesan buruk terhadap janin yang dikandung.

Sekiranya doktor mengambil tindakan radikal seperti mencabut gigi, ia mungkin dilakukan setelah membuat pertimbangan yang wajar dan matang. Ini kerana ubat bius yang diberikan mampu mempengaruhi kontraksi rahim. Itulah sebabnya doktor tidak akan melakukan tindakan bersifat pembedahan ketika kehamilan terutama pada trimester pertama dan  ketiga.
◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

Pencegahan  di atas ada memberitahu mengambil vitamin cboleh mengelakkan gusi berdarah.Ni pengalaman mas semalam selepas berbuka puasa,gusi still lagi bengkak.mas pun ambil 1biji vitamin c shaklee..Bangun pagi ni,Alhamdulillah gusi yang bengkak dah beransur surut dan pagi ni gosok gigi dah tak berdarah lagi..so mas tak perlu la makan makanan yg ada vitamin c byk2,cukup hanya telan vit c 1biji je...1 botol tahan 6 bulan..

Untuk pertanyaan dan berminat untuk oder vitamin c,hubungi

FB : Normastura Hasan
SMS/WHATSAPP : 012 9394620

INGIN MENDAPATKAN HARGA AHLI,JOM SERTAI SHAKLEE