Selamat Petang pengunjung mommieadrina..Petang ni mas nak kongsikan tips mendidik anak-anak..
- Kalau kita tiba-tiba teringatkan anak-anak,kirimkan bacaan Al-Fatihah..Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain-yang bererti hanya kepadaMu kami sembah dan hanya padaMu ku pohon pertolongan,mintaklah apa-apa hayat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat masa tu,habiskan bacaan surah AlFatihah doakan semoga anak kitadiberi kefahaman yang sebenarnya dlm urusan agamanya,memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
- Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa,ibu nak(nama anak) jadi anak yang soleh sayang!..Cubalah amalkan(ustaz kata ini maknanya kita sedang bercakap dengan rohnya)Dan ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha Mendengar lagi melihat.
- Masa bangun solat malam,solatlah hajat disisinya.Maksudnya kita solat dlm bilik diadan dekat dengan dia.Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita selalu doakan dia,dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang amat kita sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.
- Minta dikasihi.Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah.Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti
- Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar,sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya.Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
- Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita.Muhasabah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
- Yang paling penting jaga tutur kata,jangan sesekali ucap perkataan yang boleh melukakan hatinya.Jika ini berlaku juga kita TER..kata,cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya.Mengalah padanya itu kelemahan kita,kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam drama pun boleh
- Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita,anak,dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan solat. رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِىۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
- Masa basuh beras niatkan ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia...untuk faham agamanya,(kenapa kita nak dia faham agama,kerana anak yang faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka)Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi.Basuh beras lawan jam(macam orang tawaf)sambil selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W.Masa buat kerja ini hati jangan lalai dan ingat Allah sentiasa
- Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat,belajar tinggi,hatta hafal quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik.Allah tak sayang,Manusia tak suka
~~~salam sayang~~mommieadrina♥