5 SOALAN TOP IBU HAMIL



Assalamualaikum semua pengunjung setia blog mommieadrina..Dah lunch ke semua??Petang ni saya nak kongsikan mengenai ibu hamil...Soalan yang sentiasa atau paling kerap ditanya waktu hamil.




Soalan Pertama

Mama: Benarkah vitamin ibu mengandung seperti Obimin boleh menyebabkan kandungan besar sekaligus menyukarkan kelahiran?

Dr Rafi:Tidak sesekali..Vitamin ibu mengandung bertujuan untuk menambahkan tahap darah merah ibu,bukannya untuk membesarkkan bayi.Sekiranya ibu kurang darah dan kelihatan pucat,pendarahan sewaktu kelahiran mungkin boleh berlaku dan ia membahayakan.Bayi yang besar banyak bergantung kepada baka atau adakalanya ibu mengidap diabetes.

Soalan Kedua

Mama:Apa penyelesaian terbaik jika waktu hamil hb tetap rendah?

Dr Rafi:Biasanya kalau ibu nampak terlalu pucat sebelum bersalin,doctor akan masukkan darah.Ini terpaksa dilakukan jika tahap HB tetap rendah walaupun ambil suppliment dan makan an yang boleh menambahkan darah.

Soalan Ketiga

Mama:Bolehkah bersalin normal jika sebelum itu pernah melahirkan secara caesarean?

Dr Rafi: Boleh sekiranya ibu pernah sekali melalui kelahiran caesarean. Jika sudah dua kali memang tidak  dibenarkan langsung.Kebanyakkan kelahiran normal berjaya selepas ceaserean berjaya bergantung kepada sebab ibu perlu melalui caesarean sebelum ini.Mungkin tulang punggung sempit,peluang untuk bayi keluar susah.Jika uri bawah atau songsang boleh berjaya tetapi ada risiko tertentu.Kalau mahu cuba bersalin normal,perlu diketahui dalam 200 wanita,seorang daripadanya mengalami pecah rahim.


Soalan Keempat

Mama:Apakah teknik meneran yang betul?

Dr Rafi: Cara setiap wanita menera berbeza.Yang paling penting, ibu perlu meneran seperti hendak membuang air besar.Ramai yang meneran sehinggan muka merah.Ada yang menjerit juga.Itu salah!!Setiap kali meneran,kepala perlu menunduk sedikit.Tarik nafas dan tahan nafas seperti hendak membuang air besar.

Soalan Kelima

Mama: Bagaimana caranya untuk mengetahui ubat yang diambil ketika mengalami demam,batuk,selsema atau sakit ringan yang lain selamat dan tidak menjejaskan bayi?

Dr Rafi: Kebanyakkan ubat selamat(99%).Jika ibu demam dan tidak mahu makan ubat,ia lebih memudaratkan daripada makan ubat untuk meredakan demam.Demikian juga halnya dengan ubat batuk dan selsema.Malah,kebanyakkan antibiotik selamat.Hanya ada sebilangan  kecil sahaja tidak boleh imakan oleh ibu hamil..

Ok,setakat ini je untuk info malam ni...nanati saya share lagi info yang lebih menarik!!!

~~~ Salam Sayang mommieadrina♥♥♥♥

Kepada yang berminat dengan product shaklee,boleh hubungi saya

SMS/CALL:019-9095708
ADD FB: Normastura Hasan
FANPAGE: Kedai mommie Adrina