SEKEPING HATI


Kenapa kena maafkan orang?Kenapa takboleh nak benci orang, kenapa tak boleh nak risau2?Kenapa tak boleh sedih2??.. Kenapaaaa...
Kerana kita hanya punya SEKEPING HATI, kita hanya punya 24jam sahaja sehari.. kalau hati kita dipenuhi dengan kebencian, kemarahan, kerisauan, ketakutan... jadi dimana pula rasa gembira, rasa sayang,rasa positif nak bertapak di hati kita....kalau sebahagian besar daripada 24jam dihabiskan dengan bersedih dan was2, agak2 apa lah yang tinggal yer...

Jadi jom didik hati untuk buang semua rasa benci,sedih dan ego..... Jom berikan kemaafan, Jom berikan senyuman, Jom berikan kasih sayang, Jom berikan yang terbaik dalam kehidupan...Jangan sia2kan sekeping hati anugerah terindah dari Allah buat hamba2Nya... Apa yang kita beri, itulah yang kita akan dapat.. tanpa batasan.. InsyaAllah

*kata2 yang indah mampu mengubah rasa gundah, kata2 yang positif mampu mengubah minda berfikiran besar... Moga perkongsian saya bermanfaat untuk semua..

sharing is caring..