Asslamualaikum..Bertemu lagi kita di ruangan mommieadrina..Hari ini saya ingin kongsikan mengenai induce semasa bersalin. Menjelang 9 bulan kehamilan,kebanyakkan ibu berasa cemas untuk menunggu saat- saat Kelahiran bayi anda..Kebanyakkan kaedah induce semasa bersalin tidak akan banyak membantu disebabkan servik anda ditutup rapat..Induce hanya membantu apabila serviks anda mula melembut dan memendek..Doktor anda hanya menggunakan kaedah induce semasa bersalin apabila bayi anda adalah lebih berisiko jika kekal dalam rahim ibu daripada dilahirkan..Doktor akan menggunakan ubat-ubatan ataupun teknik yang boleh mencetuskan kelahiran secara semulajadi untuk mempercepatkan proses kelahiran..
Bilakah Induce semasa Bersalin dilakukan
- Air ketuban anda pecah tetapi tidak mempunyai kontrasi pengecutan rahim lagi
- Kehamilan berpanjangan melebihi 42 minggu
- Ada masalah plasenta dimana uri anda telah matangdan kurang membekalkan nutrien dan oksigen kepada bayi anda
- Tidak mempunyai cecair air ketuban yang mencukupi (oligohydramnion)
- Anda mempunyai faktor risiko kehamilan tertentu seperti diabetes,atau tekanan darah tinggi
- Terdapat jangkitan dalam rahim yang dikenali sebagai chorioamnionitis
- Bayi anda tidak membesar dengan sepatutnya
Saya rasa trauma bila tulis info mengenai induce..mana taknyer..Pengalaman saya sendiri kena induce semasa melahirkan puteri sulungku...Selama 10jam berada di dalam labour room...saya terpaksa induce kerana mempunyai diabetes semasa hamil..Saya induce semasa kandungan 39minggu..Doktor induce bimbang baby besar..Tapi Alhamdulillah semuanya selamat berkat doa suami dan ibu bapa..Suami saya bersama saya dalam labour room selama 10jam juga..Terma kasih sangat-sangat kepada hubby kerana sanggup teman sepanjang proses kelahiran..Sakit memang sakit sebab doktor masukkan ubat 1 biji trs air ketuban pecah tetapi jalan tidak terbuka...Hanya ALLAH yang tahu..memang trauma..Tapi Alhamdulillah puteriku selamat dan luka pun tidak banyak..
Jom kita sambung lagi:
Bagaimana Induce semasa bersalin dilakukan???
- Ubat-ubatan
- Prostaglandin: Suppositories di masukkan kedalam faraj pada sebelah petang.Ini akan melembutkan servik anda dan akan mencetuskan kelahiran bayipada hari kemudian menjelang pagi..
- Oxytocin: Hormon oxytocin akan disuntik ke dalam badan ibu untuk merangsang pengecutan rahim di mana mempercepatkan proses kelahiran.Dos yang rendah akan diberikan kepada ibu hamil.
Kesan ubat-ubatan :Jika pengecutan rahim dirangsang terlalu kuat,ia menyebabkan ibu tidak boleh menahan kesakitan yang terlalu kuat tanpaa ubat penahan sakit.Oxytocin perlu dihentikan jika kontraksi pengecutan rahim menjadi terlalu kuat..
2. Amniotomi/Artificial rupture of the membranes(AROM)
- Doktor anda mungkin akan mencadangkan untuk AROM atau memecah air ketuban secara tiruan dengan menggunakan cangkuk nipis,steril dan plastik.Ia digunakan mencetus air ketuban pecah menyebabkan kepala bayi bergerak di dalam servik dan kontraksi menjadi lebih kuat.Ini disebabkan oleh air ketuban pecah boleh merangsang hormon Prostaglandin dan mempercepatkan pengecutan rahim dan kelahiran bayi.
Kesan Amniotomi:Kedudukan bayi mungkin bertukar menjadi songsang jika air ketuban pecah sebelum bayi engaged.tali pusat mungkin terkeluar dahulu.Jangkitan boleh berlaku jika terdapat banyak masa diantara pecah air ketuban dan proses kelahiran
Saya harap info ini memberi sedikit ilmu kepada ibu-ibu yang sedang hamil..Jgn takut kepada induce..Allah telah mengaturkan semua untuk kita..Allah tahu kita boleh lalui ujian nyer sebab itu kita terpilih...
Saya kongsikan doa ini untuk para suami amalkan supaya isterinya mudah bersalin...Jangan lupa ibu-ibu bgtahu suami supaya amalkan doa ini..InsyaAllah