Assalamualaikum..Hari ni saya nak kongsikan mengenai masalah anak-anak yang sering demam,selsema dan batuk berpanjangan sampai berkahak..kesiankan?Lebih-lebih lagi sekarang cuaca tidak menentu...Bukan anak-anak je ibu bapa sekali pon sama je...hehehhe..Tapi kalu nak gi klinik malas..sebab tak ada lah teruk sangat..Lagi pun tak elok bagi ubat banyak-banyak kat anak-anak ni..Dalam entry sebelom ni Say NO Drugs:Ubat batuk,Selsema tak sesuai untuk kanak-kanak bawah 2thn.
Sebenarnya agak susah bagi doktor untuk mencadangkan ubat yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami batuk dan selsema..Antara sebabnya:
- Sekiranya jangkitan yang disebabkan virus,antibiotik tidak sesuai kerana antibiotik dicipta untuk membunuh bakteria..Antiviral pulamemang dicipta untuk membunuh virus tetapi ada kesan sampingan yang merbahaya.Jadi ia tidak diluluskan sebagai ubat untuk merawat gejala selsema batuk ini.
- Nasal Spray pun tidak sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak
- Ubat batuk pula sebenarnya tidak sesuai untuk kanak-kanak especially yang Berumur 2tahun kebawah.Sememangnya ada kajian menunjukkan ia gagal menyembuhkan batuk kanak-kanak.
So kali ini nak share bagaimana nak merawat anak-anak demam, selsema dan batuk berkahak secara natural dan dengan shaklee..
Secara Natural:
- Bagi Kanak-kanak yang tidak lagi menyusu ibu,banyakkan meminum air suam
- Apabila mandikan anak,mandikan dengan air suam kecuali demam dengan suhu yang tinggi,mandikan atau lap dengan air sejuk untuk turunkan suhu.
- Banyakkan menghidu udara lembap atau udara berwap.Cara nya ialah pasangkan air shower panas di dalam bilik air,pastikan pintu bilik air sentisa tertutup dan anda akan dapati seluruh bilik air akan berwap dan lembap.Dukung anak anda untuk beberapa minit bagi membolehkan si anak menghirup udara berwap itu tadi..Jika tiada shower,air panas yang dimasak di dapur,masukkan dalam baldi di bilik air juga pastikan menjadikan bilik air berwap.
- Tepuk belakang anak 11 kali di belakang dan di hadapan.Tepuk secara perlahan dengan membuat lohong .maksudnya tapak tangan kita naik melengkung sedikit.Bagi melonggarkan kahak dan supaya ia jatuh dan keluar melalui najis atau muntah.Saya rasa lega kalau anak saya muntah kerana kahaknya pasti keluar juga.
Ini pula tips oleh ibu addinnasa:
- Jika anak demam..Pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar..Memang betul pun masa ibu jadi cikgu sains dulu ada topik kenapa air panas dlam cawan teh akan sejuk beberapa minit?Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk..Samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
- Bila Selsema..Tetap mandikan 3kali sehari..supaya bila selepas mandi,lendir itu akan mudah keluar..Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan.Apabila ini berlaku,anak mudah berkahak sehingga sesak nafas..Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema,Alhamdulillah maksimum pun 3 hari..
- Batuk..tetap mandikan 3kali sehari supaya panasnya keluar..dan bila tidur malam,sapukan minyak telon atau minyak burung unta di belakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi,insyaAllah kahaknya cepat beransur baik..Jika minyak terlalu panas,campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum diurut pada badan anak.
- Waktu mandi anak yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi,selepas zohor dan sebelum pukul 7 malam..Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam,mandikan dengan air suam dan sapukan minyak pans selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema
- Biasakan selepas mandi,sapukan minyak panas pada ubun-ubun anak,belakang telinga,tapak tangan,dada,belakang dada seta betis dan tapak kaki.Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu,demam,batuk,selsema tak bagi mandi...jadi panas tu akan terperangkap dalam badan dan lama- kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk.Zaman dah berubah bidan pun belajar sains dan teknologi:) Even doktor turut pesan,jika anak demam..pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap..
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu,menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusu anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat.
Dengan Shaklee:
- Jika selalu selesma dan demam,boleh mencuba Mealshake pada anak-anak berusia 1 tahun keatas..Tak perllu hari-hari pon..3-4 kali seminggu dah memadai..campur je dalam susu,satu sudu kecil..sedap sbb mealshake ni perisa vanila dan sangat wangi.Didatangkam dalam bentuk serbuk,lengkap dengan kandungan multivitamin dan protein..jadi senanglah nak bagi:)Macam ank saya tak minum botol,jadi saya buat dalam cawan..alhamdulillah dia dah tak kerap demam dan paling saya suka dia berselera makan..cucuk 1tahun pun tak demam..sekarang memang aktif dan cergas..Alhamdulillah..ini Testimoni ssalah seorang customer shaklee yang mengambil mealshake untuk anaknya:Credit to Tuty
Puan Zana :
Beliau memang berpuas hati sebab anaknya yang sulung elalu akan selsema di pagi hari..dan sejak ambil mealshake ni,Selsemanya hilang dan paling bestnya seronok apabila antibodi ananknya semakin meningkat..Sepupunya kena campak tapi Puan zana gembira kerana anaknya tidak dijangkiti. beliau bercadang untuk membeli lagi selepas stok abis.
2. Untuk bayi/anak2 yang masih breastfeed,susu ibu adalah penawar terbaik dengan syarat ibunya mengambil makanan yang bersesuaian dan berkhasiat yea..Contohnya jika anak demam/batuk/selesma.ibu boleh ambil 2 biji vitamin C dan dipatahkan dua(satu tablet mengandungi 500mg vitamin c,setiap 100mg akan dibebaskan setiap 1jam..tapi bila sakit badan memerlukan lebih vitamin c,jadi patahkan agar 500mg tersebut boleh diserap sekaligus dengan cepat untuk pertahankn badan dari penyakit..nak senang boleh amik vitamin c 100mg..tak payah patahkan:)
3.Jika kanak-kanak batuk berkahak,memang risau sangat..apatah lagi kanak-kanak tak reti buang kahak sendiri melainkan ibu bapanya yang tolong menggunakan nebulizer atau apa saja..namun begitu, hasilnya tidak clear 100% dan kahak still ada kan...Jalan mudah ,bawa anak ke klinik dan sedut buang kahak..dalam masa yang sama,doktor akan kasi ubat cairkan kahak...waaaa saya kalo bab-bab ubat ni,susah sikit bagi pada anak..sebab tak mahu dia terlalu bergantung pada ubatkan...So,alternatif yang paling selamat dengan beri makan OMEGA GUARD..Tetimoni kali ini membuktikan omega Guard adalah yg terbaik dan kaedah semulajadi serta selamat untuk kanak-kanak..