JOM KENALI NAJIS BABY KITA

Najis bayi adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh ibu-ibu. Ini kerana dari najis bayi boleh ditafsirkan bayi kita dalam keadaan sihat atau pun tidak. Ramai mommies yang runsing juga dengan najis bayi yang bertukar-tukar dan bertanyakan samada ianya normal atau tidak. Sebenarnya najis bayi ini mengikut usia bayi, samaada dia breastfeeding atau susu formula, dan samaada bayi sudah mula makan-makanan pejal.

Satu lagi persoalan yang biasa bermain difikiran mommies ialah, berapa kali bayi akan membuang air besar dalam sehari? Betul tak? =) Sebenarnya, tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kalikah yang dikira paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada dia menyusu badan atau diberi susu formula. 

Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari juga dianggap normal dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar.

Bayi yang menyusu formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.

Warna najis bayi berubah-ubah dan pelbagai jenis.Jom mommies kenali jenis-jenisnya dan warna najis bayi supaya  mudah bagi ibu untuk bertindak jika ada yang tidak kena.



Newborn poo: Meconium

Bagi bayi yang baru lahir, najis pertamanya berbentuk sebegini, Ianya mengandungi amniotic fluid, mucus, skin cells, dan lain-lain bahan di dalam rahim. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang terkumpul dalam usus bayi semasa dalam rahim dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Biasanya najis jenis ini tidak berbau namun kotorannya susah ditanggalkan.







Warna 'breastfeed poo'.
Bayi yang menyusu dengan susu ibu, wara najisnya adalah kekuningan seolah golden yellow. Dan ianya juga kurang berbau. Ada juga bayi yang menyusu badan mengalami najis yang agak kehijauan. Kebiasaannya disebabkan oleh bayi mendapat lebih foremilk iaitu susu di hadapan yang mana kandungannya adalah air dan protein yg rendah kalori. Bayi tidak sempat mendapatkan hindmilk iaitu susu yang mengandungi kangungan lemak.Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan berketul seperti susu masam. Di awal kelahiran bayi akan membuang air besar semasa atau sejurus selepas menyusu badan. Dan ia adalah normal.






 Formula milk poo:

Yang ni adalah najis bayi yang diberi susu formula. Najis adalah bewarna kuning pecat dan agak lebih besar dari najis bayi yang 'breastfeed'. Ini kerana susu formula mengandungi molekul yang lebih besar dari susu ibu, dan sebab itu ianya agak susah dihadam oleh perut bayi. Baunya juga berbau agak kuat berbanding bayi yang diberi susu badan.





Iron fortified poo:
Contoh najis jika bayi diberi bahan yang mengandungi iron. Adalah normal jika bayi yang diberikan iron atau ibu yang menyusukan bayi ambil iron, najisnya akan berwarna kehitaman tetapi seger berjumpa doktor jika taida supplement iron diberikan tetapi najis bayi berwarna kehitaman.





Solid food poo:
Bayi yang diberi solid food akan mengalami perubahan najisnya seperti ini. Ianya berwarna seakan coklat dan agak berbau.





Poo with partially digested food:
Jangan risau jika najis bayi anda masih mempunyai makanan solid yang belum hadam dengan sepenuhnya. Ianya biasa berlaku apabila bayi mula untuk mengambil makanan yg lebih kasar dan ia tidak dikunyah dengan sepenuhnya.Macam-macam ada dalam ni contohnya carrot hihi



Terdapat juga beberapa keadaan di mana anda perlu beri perhatian apabila najis tidak normal. Ia terjadi dalam beberapa keadaan berikut::

Cirit birit:

Antara simptom bayi terkena cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda.
Najis jenis ini kerana bayi mengalami infection atau alergic pada sesuatu makanan. Bawa bayi berjumpa doktor jika keadaan berterusan.




Sembelit:
Bayi mengalami sembelit najisnya akan keras. Antara simptom yang mommies boleh lihat adalah apabila bayi menghadapi kesukaran membuang air besar, sakit perut dan meneran sehingga muka kemerahan.Biasanya doktor akan cadangkan untuk mmberikan bayi jus atau air untuk mudahkan pembuangan najis bayi.




Najis yang mengandungi mukus:

Ini juga biasanya disebabkan oleh bayi alergic pada sesuatu ataupun mengalami infection. Bawa bayi ke hospitak jika ianya berlarutan.



Najis bercampur darah:

Jika najis normal bercampur darah, ada kemungkinan bayi mengalami alergi pada 'milk protein'.
Jika sembelit bercampur darah,kemungkinan berlaku kecederaan pada duburnya ketika proses meneran dan kemungkinan juga disebabkan jangkitan bakteria.
Ianya kemungkinan juga ada jangkitan bakteria.





" JOM DAPATKAN PRODUCT SHAKLEE DENGAN        HARGA YANG MURAH"

WHATSAPP:012-9394620