ELAK RAWATAN ALTERNATIF

"Jaundis" sebenarnya berasal dari perkatasn Perancis iaitu jaune yang bermaksud Kuning.

Ada 5 benda yang perlu ibu2 perlu elakkan semasa anak anda mengalami jaundis. Selain dari rawatanbhospital,terdapat pelbagai petua tradisional yang biasa diamalkanbibu bapa kesan daripada nasihat orang yang kononnya lebih berpengalaman. Ini kerana amalan tradisional ini belum terbukti  keberkenannya.

Antara Perkara yang perlu diElakkan:

1) MENJEMUR BAYI

Ramai ibu percaya dengan menjemur bayi di bawah sinaran matahari dapat menghilangkan kekuningan yang ada pada bayi.Lazimnya,amalan ini di lakukan pada awal pagi di sekitar jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi. Ia tidak mengambil masa ysngblama.Hanya dilakukan antara 10 hingga 15 minit sahaja.
         Sekiranya bayi didedahkan terlalu lama kepada pancaran matahari,dikhuatiri ia boleh menyebabkan masalah lain seperti kerosakan retina dan strok. Namun kebanyakan pakar perubatan tidak menggalakkannya kerana hanya rawatan fototerspi di hospital sahaja dapat memveri kesan piditif pada jsundis yang dialami bayi.

2)  MINUM SUSU KAMBING

Memberi bayi minum susu kambing boleh mrmberi kesan buruk kepada bayi!!! Hal ini kerana sehingga kini belum terdapat sebarang kajian menyatakan susu kambing mampu mengurangkan tahap bilirubin pada bayi.
      Malah pemberian susu kambing yang berlebihan boleh menyebabkan masalah-masalah lain seperti cirit -birit atau radang usus.

3)   MAKAN JAMU DAN HALIA

Amalan memakan banyak jamu yang tidak ketahui kandungan bahan kimia yang terkandung didalamnya akan menyebabkan pengurangan enzim yang membantu dalam penyingkiran bilirubin apabila bayi menyusu. Oleh sebab itulah,ibu yang anaknya mengalami jaundis perlu mengelakkan diri daripada mengambil jamu dan makanan yang "panas" untuk sementara waktu.

Begitu juga dengan halia,lada hitam dan lain-lain yang dipercayai boleh menyebabkan tahap bilirubin meningkat..Pemilihan set bersalin juga penting bagi anak yang mengalami jaundis..Di sini saya bagi tips bagaimana untuk memilih set bersalin dengan betul. Klik sini
http://mommieadrina.blogspot.com/2013/04/mesti-tahu-10-tips-pemilihan-set.html

4)   MEMBERI AIR GLUKOS

Terdapat ramai orang sering mencadangkan supaya bayi yang mengalami jaundis diberi air glukos bagi mengirangkan masalah demam kuning. Jangan begitu!! Sebenarnya petua ini amat merbahays kersna air glukos boleh menyebabkan bayi mengalsmi kembung perut dan pada masa yang sama bilirubi  tidak dapat dikeluatkan melalui najis.

5)    MULA MEMBERI SUSU FORMULA

Jangan sesekali memberikan susu formula kepada bayi sebaik sahaja tahu dia mengalami jaundis. Sebaliknya ,lakukan lebih banyak rangsangan supaya bayi dapat menyusu terus datipada payudara.
Pemberian susu formula sama seperti pemberian susu kambing mahupun air glukos yang mana langsung tidak dapat membantu bayi mengeluarkan bilirubin daripada tubuhnya dengan sempurna.