Assalamualaikum..hari ni banyak saya terbaca info masalah tentang penyusuan..Antaranya adalah masalah penyusuan tergendala akibat puting luka.Saya sering mendengar keluhan para ibu yang menghadapi masalah dalam penyususan susu ibu jika melahirkan bayi melalui kaedah caesarean.Bagi anda yang melahirkan bayi secara caesarean,ketahuilah anda boleh menyusukan bayi tanpa perlu khuatir.Apa yang penting ialah anda perlu pelajari dan mengaplikasikan posisi penyusuan bersesuaian dengan keadaan diri selepas bersalin..
Antara posisi penyusuan yang sering diakui selesa untuk anda dan bayi anda ialah lying down dan football hold(clutch hold).Namun,bagiyang pertama kali bergelar ibu,mungkin agak kekok untuk menggunapakai kedua-dua posisi ini.Jadi pelajari lah dan praktikkan posisi ini lebih awal agar anda biasa dengannya.Saya akan kongsikan dengan anda pada artikel lain yea..
Bagi mengurangkan sakit luka pembedahan ,anda digalakkan untuk menyediakan kusyen sokongan seperti bantal,tilam kecil dan lain-lain yang boleh digunakan untuk mengalas bahagian abdomensupaya berat bayi tidak menekan bahagian luka berkenaan jika anda ingin menyusukannya menggunakan posisi cradle hold.
Selain daripada itu,bahagian belakang badan turut perlu disokong dengan bantal.Gunakan lebih banyak agar anda boleh bersandar dan tidak perlu membongkok..Dalam pada itu,pastikan bayi juga turut disokong dengan bantal mencukupi..Pastikan juga posisi badan bayi juga dalam keadaan yang betul(perut ke perut) walauun kedudukannya diatas bantal..Jika anda mahu menyusu sambil berbaring dan tidak mahu mengubah posisi mengiring kekiri atau ke kanan,bolehlah mengiring satu arah sahaja.Jika bayi ingin menyusu pada sebelah payudara lagi,tinggikan bayi dengan menggunakan bantal supaya dia berada sama paras dengan payudara.Anda boleh kreatif dalam hal ini:)
Berkaitan tentang isu puting luka pula,ada beberapa kemungkinan:
- Dikhuatiri size corong yang digunakan tidak sesuai..setiap pam payudara didatangkan dengan size corong standard iaitu 24mm.Jika corong terlalu kecil,puting dan sebahagian besar areola akan tersangkut di bahagian dalam corong.Puting dan areola seharusnaya bergerak bebas jika size corongnya sesuai.
- Kekuatan sedutan pam harus pada tahap yang terkawal dan selesa.Kuat bermakna lebih baik!Ia boleh mencederakan anda.
- Penyalahgunaan pam(mengepam terlalu lama).Jika anda mengepam lebih dari 30 minit setiap sesi,itu terlalu lama.Ia boleh menyebabkan trauma pada puting.Hadkan masa tetapi fokus kepada kebolehan anda untuk mendapatkan refleks pancutan dengan melakukan stimulasisebelum memulakan sesi memerah.Ini boleh dilakukan dengan urutan,menggetel,sentuhan dan lain-lain.
Antara cara untuk mengubati luka pada puting kitaboleh sapukan susu badan kita pada bahagian luka..Saya juga amat menggalakkan anda menggunakan Vitamin E Shaklee untuk merawat luka di bahagian puting...
Untuk sebarang keterangan lanjut,anda boleh hubungi saya di 019-6234327 atau ADD FB:Normastura Hasan untuk chat secara terus dengan saya..
No comments:
Post a Comment