BERITA TERKINI :
Over the past few days the Malaysian Meteorological Department has reported worsening air quality and visibility in some parts of Malaysia due to haze.
Apa itu jerebu? Apa masalah2 kesihatan yg berkaitan dgn jerebu , Siapa yg berisiko tinggi? dan bagaimana nak mengurangkan masalah2 kesihatan ni..
_________
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarahpencemaran lain mengaburi kejelasan langit.Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.
Indeks Pencemaran Udara
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:
Nilai IPU | Kualiti udara |
---|---|
0 - 50 | Baik |
51 - 100 | Sederhana |
101 - 200 | Tidak sihat |
201 - 300 | Sangat tidak sihat |
301 - 400 | Berbahaya |
401 - 500 | Sangat berbahaya |
Lebih 501 | Darurat |
Masalah kesihatan
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
- Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
- Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
- Iritasi di mata serta mata yang merah
- Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah2 di atas ialah:
- Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
- Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
- Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
- Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
- Selalu minum air
- Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
credit to Wikipedia.
salam sayang.... mas
No comments:
Post a Comment