TIPS MELEGAKAN BATUK DENGAN CEPAT

Tips melegakan batuk di kalangan kanak- kanak




1. Berikan minum air masak dengan banyak
Air suam dapat melegakan tekak yang kering. Di samping melegakan demam jika ada, air yang banyak juga boleh mencairkan kahak dan memudahkan kahak dikeluarkan.

2. Tinggikan sedikit bantal ketika tidur malam/ siang bagi memudahkan pernafasan.

3. Jika tuan puan mempunyai air panas, tuan puan boleh membuka shower air panas dibilik mandi dan tutup pintunya agar bilik air menjadi berwap. Kemudian duduklah bersama anak puan selama 20 minit di dalam bilik air berwap itu. Wap panas tersebut akan memudahkan pernafasan anak.

4. Salah satu tip yang diberikan oleh Puan Siti Farah Aini Jamaludin, Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Alpha ialah ibubapa boleh melakukan fisioterapi ( tepukan pada dada) bagi melonggarkan kahak dan memudahkan pernafasan anak.

“Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

“Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

“Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

“Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka,"


Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

5. Elakkan minuman sejuk yang boleh menyebabkan bronchospasm ( salur pernafasan mengecut )

6. Bagi kanak-kanak , elakkan juga makanan berminyak.

7. Bagi bayi yang menyusu badan, ibu digalakkan bagi menambah kekerapan susu badan. Susu badan mengandungi antibodi dan air yang diperlukan oleh bayi, terutama ketika sakit.

8. Beberapa kajian saintifik menunjukkan sesudu madu (10 g) pada waktu malam dapat mengurangkan batuk di waktu malam dan memudahkan anak-anak tidur. Ibu bapa boleh memberikan madu yang lembut pada anak berusia 2 tahun ke atas. Bagi bayi kurang setahun, pemberian madu dikhuatiri boleh menimbulkan alahan, oleh itu di nasihatkan berhati- hati jika ibubapa memberi madu pada bayi kecil.

9. Untuk bayi kecil, boleh gunakan penyedut yang ada dijual di farmasi untuk menyedut hingus dalam hidung. Jika anak- anak telah sedikit besar , galakkan mereka menggunakan tisu untuk membuang hingus dan terus dibuang.

10. Boleh berikan anak anda supplement untuk menguatkan sistem antibodi anak-anak. Disini saya cadangkan puan/tuan memberikan Mealshake dan Omega shaklee kepada anak-anak.Vitamin ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas.
Untuk mendapatkan info lanjut, klik MEALSHAKE DAN OMEGA.

Untuk Mendapatkan Info Lanjut,

CALL/WHATSUPP 012 93946


No comments:

Post a Comment