GLA VS MENOPOUSE

Apa itu Menopause?

Menopause bermaksud berakhirnya kitaran haid untuk seseorang wanita. Selalunya terjadi di kalangan wanita yang berusia lewat 40-an atau awal 50-an, dan ia menandakan bahawa berakhirlah fasa kesuburan dalam hidup wanita tersebut.

Walau bagaimanapun, menopause bukan bermakna haid itu tiada, tetapi lebih tepat didefinisikan sebagai tamatnya fungsi utama ovari yang membebaskan hormon yang membentuk dinding uterus dan seterusnya penyingkiran lapisan rahim (a.k.a haid).

Menopause juga boleh terjadi sebelum mencapai usia 40-an. Ia dikenali sebagai menopause awal. Wanita yang menopause awal mungkin disebabkan oleh tabiat merokok, BMI yang tinggi, faktor keturunan, penyakit, rawatan kemoterapi, radiasi dan pembedahan mengeluarkan ovari.

Jadi apakah tanda-tanda anda bakal menopause?

♥ haid tidak teratur
♥ vagina kering
♥ rasa panas
♥ berpeluh waktu malam
♥ masalah sukar tidur
♥ perubahan mood
♥ pertambahan berat badan
♥ kulit kering
♥ rambut menipis

Bagaimana GLA Complex boleh bantu wanita hadapi menopause?

GLA Complex mengandungi Gamma-Linolenic Acid dan Omega-6 yang membantu masalah simptom pra-menopause ini. 

Selain itu GLA juga dapat:

 - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal-selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara. - Memperbaiki keadaan menopaus sepertihot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone untuk kulit lebih muda. - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis. - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur. - Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.

Jom baca testimoni customer yang belikan GLA untuk ibunya yang dah menopause. 


CALL/WHATSAPP 012 9394620

Tips Disayangi Suami

Sebagai isteri, tentu sahaja kita mahu menjadi orang yang paling disayangi dan dicintai oleh suami. Cinta dan kasih sayang perlu dibajai sentiasa agar ia terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Sudah tentu ia memerlukan usaha dan inisiatif daripada pihak isteri sendiri.

Isteri perlu bijak menarik perhatian suami supaya diri terus menjadi fokus utama biarpun suami sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Gunakan tip berikut sebagai senjata ampuh anda bergelar isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumah tangga.

Sentiasa pastikan diri berhias sepanjang masa bersama suami

Seorang isteri hendaknya berhias untuk suaminya kerana setiap kali isteri berhias untuk suami ia akan lebih membuatkan suami rasa cinta kepadanya. Bahkan salah satu cirri isteri yang baik adalah yang menyenangkan suami ketika dipandang. Ia termasuk hal menjaga kebersihan badan, menyikat rambut, memakai wangian, memakai pakaian yang menarik dan lain-lain lagi.



Pandai bergurau senda dengan suami

Suami pasti bahagia apabila mempunyai isteri yang pandai menggembirakan hatinya. Sikap bergurau senda dan sering tersenyum pada suami dapat mengurangkan kepenatan suami pulang dari kerja.



Sentiasa mendahulukan suami, menghormati pandangannya

Sebagai pemimpin rumah tangga, suami mesti diberi keutamaan oleh isteri. Dalam apa jua perkara, utamakan suami terlebih dahulu. Hormati juga pandangannya terhadap sesuatu perkara. Jangan cepat melenting jika suami beri pandangan.



Minta izin

Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana-mana atau melakukan apa sahaja. Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya akan membuatkan anda berdosa.



Bersikap sederhana

Jadilah isteri yang bersikap sederhana dalam apa jua perkara. Jangan keterlaluan meminta itu dan ini kepada suami apatah lagi jika melebihi kemampuan suami.



Memanjakan suami

Suami amat suka dimanjai oleh orang yang dia cintai. Jadilah isteri yang suka memanjakan suami. Pasti anda terus disayangi dan dicintai. Melayan suami seperti menyediakan hidangan makan minumnya, mengurut badan suami, memotong kukunya, membersihkan tubuh badannya dan mencuci rambutnya ketika mandi dan sebagainya.



Boleh memberi pendapat dan bertukar pandangan

Komunikasi sangat penting untuk menngekalkan kebahagiaan rumah tangga. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa jua isu.



Hormat hak peribadi suami

Jangan terlalu busybody seperti banyak bertanya jika dia ingin keluar berjumpa kawan, memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan ssebagainya.



Jangan sesekali membanding-bandingkan suami anda dengan lelaki lain

Lelaki paling rasa tercabar sekiranya isteri gemar membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Awas ye!



Sentiasa menjaga maruah suami

Tidak kira di mana anda berada atau dengan siapa anda bersama pastikan maruah suami sentiasa terpelihara.



Menyokong suami

Tidak kira di waktu susah atau senangnya. Memberikan semangat kepada suami sewaktu dia dalam kesusahan dan bersama mengharungi kehidupan sukar tanpa sebarang keluhan.



Mencintai suami sepenuh hati


Nak Hamil

Persediaan sebelum mengandung ]

Asid Folik

Asid folik merupakan satu unsur vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang atau spina bifida pada bayi sejak dalam kandungan. Kesan pada penyakit ini ialah tulang belakang bayi akan terkeluar dan dia mungkin akan mengalami masalah pencernaan kerana saraf tunjangnya terjejas.

Oleh itu, setiap pasangan hendaklah prihatin tentang keperluan asid folik ini. Semua wanita yang merancang untuk hamil dicadangkan agar meningkatkan pengambilan asid folik setiap hari sebanyak 0.6mg iaitu tambahan sebanyak 0.4mg sebelum hamil dan ketika minggu awal kehamilan. Hal ini penting kerana pada tempoh inilah berlakunya pertumbuhan organ-organ bayi. Selain buahan seperti pisang yang kaya dengan asid folik, anda boleh mengambil pil asid folik di farmasi, klinik atau melalui makanan supplemen yang terdapat di pasaran.

Sayuran Dan Buahan

Buahan dan sayuran kaya dengan vitamin C. Jika ingin hamil, anda perlulah mengambil kedua-dua sumber makanan ini untuk mendapatkan vitamin C secara semulajadi. Ketahuilah bahawa vitamin C mampu mengelakkan anda daripada serangan pelbagai penyakit.

Tubuh ibu hamil yang cukup vitamin C dapat berkembang dengan baik dan sihat. Pada masa yang sama, buahan dan sayuran turut berperanan untuk menyelaraskan kadar metabolisme dalam badan dan sebagai antioksida yang dapat melindungi tubuh daripada radikal-radikal bebas yang lazimnya merosakkan sel-sel tubuh.

Satu perkara penting yang perlu anda tahu tentang sayuran dan buahan ini ialah kemampuannya untuk mencegah sembelit yang selalu dialami oleh ibu-ibu hamil. Oleh itu, jadikan ia sebagai rutin harian anda agar waktu hamil nanti anda tidak rasa kekok untuk mengambilnya. Makanan yang kaya dengan serat ini juga memerlukan anda mengunyahnya lebih lama berbanding makanan lain dan hasilnya anda akan cepat kenyang. Percayalah bahawa jika rajin makan buahan dan sayuran, anda mampu mengawal pertambahan berat badan.

Makan Banyak Ikan

Ikan adalah sumber protein yang paling baik dan murah. Selain itu, protein daripada ikan mudah dicernakan oleh tubuh. Kebanyakkan kita tidak menyedari bahawa ikan kaya dengan omega 3 iaitu asid lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan mata dan otak yang baik bagi bayi dalam kandungan.

Antara ikan yang sesuai dimakan oleh ibu hamil ialah tuna, tenggiri, tongkol dan kembung. Ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti direbus, dipanggang ataupun digoreng. Terpulanglah kepada anda untuk memilih bahan yang akan dimasak bersama ikan asalkan tidak menjejaskan kesihatan.

Karbohidrat Lawan Lemak

Sewaktu hamil, tubuh wanita memerlukan banyak kalori berbanding ketika tidak hamil. Kekurangan kalori akan mengganggu proses tumbesaran bayi dalam kandungan. Jadi, anda dinasihatkan agar mengambil banyak karbohidrat dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak sewaktu hamil kelak.

Beras, jagung, roti, mi, mihun, makaroni dan ubi kentang adalah antara makanan yang kaya dengan karbohidrat. Roti adalah sumber karbohidrat terbaik lebih-lebih lagi jika roti tersebut adalah roti whole grain flour yang berwarna sedikit gelap jika dibandingkan dengan roti sandwich.

Zat Besi Elak Anemia

Melahirkan bayi adalah satu proses yang rumit. Untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar, persediaan awal mestilah dibuat. Dan antara yang perlu diberikan perhatian ialah kandungan darah semasa hamil. Ketahuilah bahawa ibu hamil memerlukan peningkatan darah sebanyak 40 hingga 60 peratus. Jadi untuk mengelakkan berlakunya masalah anemia, anda disarankan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. Antara makanan tersebut ialah daging merah (akan tetapi elakkan daripada makan hati), sayuran hijau, kekacang dan buahan yang sudah dikeringkan.

Pun begitu, harus diingat bahawa penyerapan zat besi tidak akan berlaku dengan baik jika ibu hamil banyak minum minuman yang tinggi kandungan kafeinnya. Ibu hami yang mengalami anemia akan kelihatan pucat dan tidak bermaya. Pendarahan yang banyak sewaktu proses kelahiran bayi akan memburukkan keadaan.

8 Gelas Air

Tubuh sangat memerlukan air sama ada sebelum hamil atau sewaktu hamil. Malah, sepanjang tempoh kehamilan kelak terutamanya pada peringkat permulaan, gejala-gejala seperti loya dan muntah sering berlaku. Akibatnya air banyak keluar. Jadi, anda digalakkan minum air yang banyak bagi mengantikan air yang hilang itu.

Untuk pengetahuan, hormon progestron dalam tubuh seseorang wanita itu akan meningkat semasa hamil. Keadaan ini akan menyebabkan proses penghadaman menjadi lambat. Akibatnya ibu hamil akan berhadapan dengan masalah sembelit dan buasir.

Keadaan akan bertambah teruk apabila kehamilan masuk trimester ketiga. Ketika trimester ketiga, uterus yang semakin membesar dan penuh dengan bayi serta cecair amniotik akan menekan bahagaian bawah uterus bersama-sama pundi kencing. Akibatnya najis menjadi keras dan proses membuang air besar menjadi sukar. Jadi, untuk mengeluarkan najis tersebut, ibu hamil ini terpaksa meneran. Meneran terlalu kerap dan dengan tekanan yang tinggi boleh menyebabkan buasir.

Untuk mengelakkan terjadinya masalah seperti yang telah disebutkan itu, minumlah banyak air. Umumnya anda digalakkan minum sebanyak 8 gelas air masak setiap hari. Akan tetapi, adalah lebih baik jika anda mampu minum lebih daripada itu.

Sarapan Pagi

Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting dalam kitaran hidup manusia, apatah lagi bagi ibu hamil. Ketika trimester pertama, ibu hamil sering rasa lesu terutamanya pada waktu pagi. Jadi, ambillah sedikit sarapan agar rasa lesu dapat dikurangkan.

Pada masa yang sama, bersarapan akan menghilangkan rasa pedih perut setelah semalaman tanpa makanan. Rasa pedih yang dialami oleh ibu hamil biasanya akan membuatkan mereka mual. Dan ketika inilah, morning sickness menyerang. Oleh itu, bersarapanlah. Akan tetapi, jangan makan terlalu banyak. Contoh sarapan terbaik untuk ibu-ibu hamil ialah segelas susu, semangkuk bijirin dan sekeping roti.

Beriadah

Senaman baik untuk menyihatkan tubuh badan. Hasilnya tubuh anda akan lebih langsing dan mantap. Bagi yang tidak biasa berlari atau ke gimnasium, lakukanlah senaman yang sesuai dengan keupayaan anda. Salah satu daripadanya ialah berjalan. Jika anda suri rumah sepenuh masa, luangkan masa untuk berjalan-jalan di sekitar kediaman anda sambil membuat kerja-kerja rumah seperti membersihkan laman ataupun menyiram pokok bunga.

Bagi yang bekerja pejabat, banyakkanlah berjalan. Jika pejabat anda terletak di tingkat atas dan pejabat mempunyai lif, jangan gunakannya. Sebaliknya, naik ataupun turun menggunakan tangga. Pastinya lebih menyihatkan. Walaupun nampak mudah, aktiviti berjalan kaki sangat baik untuk melancarkan peredaran darah. Malah, ini adalah senaman yang tidak memerlukan kos.


Nak dapatkan Vitamin Shaklee dengan Harga muruh,
SMS/CALL/WHATSAPP 012-9394620

TQ my Hubby

TIPS MENGHADAPI SAKIT KETIKA BERSALIN..

Pertama : Bertenang dan banyakkan membaca ayat suci Al-Quran kepada yang beragama islam. Selawat pun bole. Tapi yang lebih baik baca doa yang dibaca oleh nabi nuh ketika dalam perut ikan paus.

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

Dalam rumi : La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.

Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

Doa ini juga boleh dibaca ketika dalam kesusahan.

Kedua : Sabar dan bersandarlah pada sesuatu benda contohnya bantal yang agak tebal atau kerusi berkusyen.

Ketiga : Apabila datang rasa sakit (kontraksi) tu, tarik nafas dalam2 pastu hembus. Ulang banyak kali sehingga rasa sakit itu hilang. Mengikut pengalaman saya, tips ni mmg sgt2 berguna dan akan mengurangkan sedikit rasa sakit semasa kontraksi nak bersalin tu. Yang ajarkan saya tips ni adalah ketua jururawat (sister) ketika saya berada dalam labour room.

Keempat : Bagi yang beragama islam, ingatlah sakit sewaktu hendak melahirkan anak (start dari kontraksi) sampailah sesudah bersalin, malaikat akan mencatatkan pahala jihad kepadanya. Dan jika dia meninggal ketika sedang melahirkan anak, maka dia akan mati syahid. Bukan tu saja, apabila selepas bersalin dia juga bersih daripada dosa macam bayi yang baru dilahirkan. maksudnya dosa2 dia dah dihapuskan oleh Allah. Subhanallah.. besarnya ganjaran org yang melahirkan anak ni kan?

Kelima : Walaupun rasa sakit dah datang, tapi tak masuk labour room lagi, bakal2 ibu/ ibu2 digalakkan minum air milo/telur separuh masak utk dapatkan tenaga ketika meneran nanti. Memanglah kalau waktu sakit tu tak mampu da nak makan/ minum apa2 tapi curi2lah masa kontraksi tu hilang sekejap. Waktu nak meneran nanti waktu yang paling penting. Kalau tak cukup tenaga nak teran nanti kesian kat baby. Ada kemungkinan lemas atau kena vakum pastu kepala dia lonjong. Kesian kat baby kita kan? Disebabkan kita, anak kita jadi mangsa. Baru nak keluar tgk dunia dah kena macam2.

Keenam : Jika anda berada di dalam labour room dan ditemani oleh suami anda, anda bolehlah suruh dia tolong urutkan kaki anda. Ketika itu kaki akan terasa sgt2 lenguh. JANGAN urut dibahagian perut atau pinggang anda kerana ia akan menambahkan lagi rasa sakit konstraksi.