Punca wanita hamil Mengalami KEPANASAN

Memang tak dinafikan, walaupun tidur @ berada dalam bilik yang pasang aircond, tak lut untuk aku yang dah di penghujung trimester ketiga ni. Serius panas. Peluh tak payah cakap lah, agaknya kalau ditadah tu, dapat kot sebaldi sehari. Bila berpeluh gatal la pulak..nasib badan.. Kalau malam tak mandi sebelum tido mmg tak boleh tido la malam tu..

Ada tak yang senasib dengan ku??Tak selesakan??
Kenapa sebenarnya yang menyebabkan ibu hamil ni tersa panas dan selalu berpeluh?

Ini jawapannya:

Sesetengah ibu hamil mudah untuk mengeluarkan peluh. Walaupun telah duduk dengan tenang, namun ia masih juga mengeluarkan peluh yang berlebihan. 
Akibatnya pakaian mudah basah. Berpeluh sebenarnya merupakan reaksi alamiah untuk menyejukkan tubuh yang mengalami kepanasan. Namun, ada penyebab lain mengapa wanita hamil mudah berpeluh. 
Salah satunya kerana peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan. 
Keadaan berpeluh ini juga dipengaruhi oleh usia kehamilan yang semakin membesar. 
Wanita hamil bagaimana pun perlu lebih berjaga-jaga sekiranya suhu tubuhnya meningkat lebih dari biasa. Barangkali ia bukan disebabkan hal di atas, tetapi akibat jangkitan kuman pada tubuh. 
Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada di ruangan sempit dan sebolehnya cuba berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.

Itulah puncanya ye ibu-ibu hamil sekalian..
Solution dia yang mudah, mungkin kita perlu selalu mandi dan minum air kosong banyak-banyak.
Insyaallah akan reda sikit rasa panas yang menghantui kita tu..cewah! 

Gud nite ibu2...

No comments:

Post a Comment