Tidak makan dan tidak minum selama hampir 13 jam,dapatkah anak anda bertahan Ramadan ini? Terutama bagi anak yang baru sahaja mula berlatih berpuasa,adakah amalan ibadah ini menjejaskan tubuh kanak-kanak? KLIK DISINI untuk mengetahui rahsianya.
Bagaimana Berpuasa boleh buat Anak menjadi Tinggi?
KUASA PUASA
Puasa dalam Islam yang bererti menahan diri dari makan dan minum mulai terbit fajar hingga terbenam matahari,bukan sahaja terbukti memberi kebaikan seperti yang diwahyukan dalam al-quran.
Malah dalam beberapa siri kajian yang dijalankan sarjana Barat mendapati,puasa dapat memanjangkan hayat,meningkatkan kualiti hidup,merendahkan trigliserida,menentang rejuvensi sel barah,merangsang penghasilan hormon tumbesaran,merangsang pembaruan sel dan banyak lagi.
PUASA BUAT ANAK TINGGI
Seawal 1930,satu kajian pemerhatian yang dilakukan oleh Weston Price menemukan Kaum Masai di Afrika yang hanya makan dua kali hidangan sehari iaitu pagi dan malam sahaja.
Pada ketika itu,kaum ini yang bersusuk fizikal tinggi melebihi enam kaki mengamalkan diet tradisional dan belum terdedah kepada makanan moden(sumber asli yang dimasak,bukan makanan proses). Kaum ini bukan sahaja sihat,tetapi tidak mengalami sebarang kekurangan nutrisi atau masalah dengan tahap kalori yang diperlukan tubuh.
Hasil pemerhatian mendapati,tidak makan dalam tempoh sepanjang siang atau berpuasa tidak menyekat kalori yang dimakan pada waktu pagi.Sebaliknya berpuasa selepas dua waktu makan tersebut didapati mengaktifkan hormon tumbesaran kanak-kanak dan membolehkan mereka menjadi tinggi!
Jadi kanak-kanak yang baru nak belajar berpuasa jangan risau tau.Bah kan banyak lagi kelebihannya.
AKTIVITI & PEMBELAJARAN TERGANGGU?
Fizikal dan minda kanak-kanak secara semula jadi bersifat aktif-ingin bermain seterusnya menjadikan makan adalah pilihan kedua selepas bermain.Betul kan?
Bagaimanapun,tubuh manusia dicipta istimewa dengan kebolehan untuk hidup.
Apabila menyedari tenaga yang tersimpan di dalam tubuh semakin kurang,secara automatik,ia akan menyesuaikan keadaan diri dengan memperlahankanaktiviti bermain untuk menyimpan sisa tenaga yang masih ada.
Jadi berpuasa tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada anak anda serta menggangu aktiviti harian dan pembelajaran,selagi dia mengambil diet yang betul ketika bersahur.KLIK SINI untuk diet yang betul.
Hakikatnya,puasa bukan sahaja tuntutan dalam Isalam,malah ia menjadi amalan agama lain seperti Kristian,Buddha dan Hindu. Dalam kebanyakan agama juga menegaskan ,amalan puasa dapat menahan nafsu dan mendisiplin diri seterusnya mendidik supaya bersabar.
Oleh itu,jangan ragu-ragu untuk melatih anak anda berpuasa kerana ia membawa banyak kebaikan kepada fizikal,mental dan sahsiah akank-kanak.
UNTUK PERTANYAAN LEBIH LANJUT
CALL/WHATSUPP 012-9394620
No comments:
Post a Comment